SelangorToday

TUISYEN RAKYAT SELANGOR BANTU ATASI ‘LOST GENERATION’

Kerajaan Negeri Selangor telah meneruskan program tuisyen kepada rakyat Selangor dengan menjenamakan semula program dengan nama Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Agenda kerajaan negeri untuk mengutamakan pendidikan anak-anak Selangor dengan anggaran 60,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada program ini.

Peruntukan sebanyak RM7 juta kepada program tersebut dan menambah baik bahan dalam portal khusus Tuisyen Rakyat itu dengan video baru bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia selain Pendidikan Islam dan Moral. Manakala 81 video pembelajaran telah termuat naik meliputi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik.

Memandangkan negara dilanda pandemik pada tahun 2020, sistem pendidikan negara lumpuh buat seketika, anak-anak mengalami kecelaruan pendidikan dan kehilangan minat untuk belajar. Maka usaha kerajaan negeri Selangor untuk mempelbagai program pendidikan di Selangor amatlah wajar dan diperlukan saat- saat ini.

Exit mobile version