SelangorToday

TUMPU BANJIR DARI PRU : HARAPAN NASIONAL GERAKKAN SUKARELAWAN HADAPI BANJIR

KUANTAN, 14 Feb -- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjawab pertanyaan para pengamal media selepas melawat Kem Tentera Darat Batu 10 dan Pangkalan Udara Kuantan hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Pengerusi HARAPAN Nasional, Hj Mohamad Sabu mengerahkan seluruh jentera sukarelawan yang berada di bawah HARAPAN untuk bersiap sedia dan turun kelapangan jika berlaku banjir besar dalam masa terdekat. Bertitik tolak daripada titah Yang Di Pertuan Agong (YDPA), Al- Sultan Abdullah Ri’ayutuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini bahawa semua pihak perlu bersiap-siaga menghadapi risiko banjir, maka HARAPAN yang konsisten mendahulukan permasalahan rakyat telah mengarah semua sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Defence Minister Mohamad Sabu NORAFIFI EHSAN / The Star

Mohamad yang juga Pengerusi Biro Mobilasi HARAPAN akan mengerahkan seramai mungkin sukarelawan untuk membantu dan memastikan keselamatan mangsa-mangsa banjir serta harta benda mereka selamat. Seterusnya, Mohamad menambah pihak HARAPAN juga akan mempersiapkan jentera sukarelawan di semua peringkat beserta kelangkapan mantap yang boleh dikerahkan ke kewasan yang berisiko tinggi.

Malah bekas Menteri Pertahanan menambah, HARAPAN bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk menghulurkan kepakaran dan bantuan supaya banjir kali ini dapat dihadapi dengan kemusnahan harta benda pada tahap yang minimum. Bagi memastikan tenaga sukarelawan mencukupi, HARAPAN melalui Biro Mobilasinya akan mengeluarkan borang pendaftaran sukarelawan yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk mendaftar. – Selangor Today

Exit mobile version