SelangorToday

TUN MAHATHIR PENGHALANG MANIFESTO PH 2018 DILAKSANAKAN – GUAN ENG

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri ketika era Pakatan Harapan memerintah merupakan penghalang kepada pelaksanaan manifesto PH pada tahun 2018. Kata beliau, Tun Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan janji-janji utama dalam Manifesto PH apabila terang-terangan berkata Manifesto PH bukanlah satu kitab suci yang wajib dilaksanakan. Malah Perdana Menteri yang tewas di Parlimen Langkawi pada PRU ke-15 itu marah kepada Guan Eng kerana secara berterusan mendesak pengurangan kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 18%.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menjawab dakwaan sebuah buku baharu yang ditulis oleh bekas pembantu Najib Tun Razak dalam buku bertajuk ‘Shattered Hopes’. Tambah beliau, tulisan dalam buku tersebut menukilkan sudut pandang Perdana Menteri yang pernah menjawat jawatan tersebut sebanyak dua kali itu. Namun nukilan tersebut mempunyai kenyataan yang separuh benar mahupun kenyataan palsu. Dalam masa yang sama, Guan Eng berkata selama berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, Tun pernah mengugut beliau untuk dipecat sebanyak tiga kali semasa mesyuarat kabinet.

Disamping itu, Tun juga tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Bagan itu yang menentang hasrat Tun untuk mengharamkan UMNO dalam politik Malaysia. Biarpun ketika itu DAP berseteru dengan UMNO, namun hak asasi berpersatuan wajar dihormati. Tun juga amat marah kepada Guan Eng atas peranan yang dimainkan oleh Setiausaha Politik Guan Eng ketika di Kementerian Kewangan dan pernah mendesak Tony Phua dipecat. – SelangorToday

Exit mobile version