SelangorToday

TUTUP SEKOLAH AGAMA DAN GURU KAFA :IZHAM BUKTIKAN PAS AMAL POLITIK ADU DOMBA

Pengerusi AMANAH Selangor. Ir. Izham Hashim telah membuktikan kepada orang awam bahawa PAS mengamalkan politik fitnah dan adu domba. Beliau yang berucap dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram semalam berkata, PAS sentiasa mengamalkan politik adu domba bagi menimbulkan keresahan umat Islam agar sokongan kepada PAS akan sentiasa kukuh. Hakikatnya, PAS memanipulasi keadaan yang berlaku sehingga menimbulkan fitnah kepada kerajaan negeri Selangor.

Sebagai contoh, Izham yang juga Bendahari AMANAH Nasional memaklumkan, kelompok yang bernaung atas nama NGO Pendidikan mendakwa Kerajaan Selangor pimpinan HARAPAN-BN akan menutup sekolah-sekolah agama di Selangor selepas PRN. Dakwaan itu berjaya menimbulkan keresahan umat Islam melalui sebaran maklumat dan sokongan yang diberikan oleh PAS. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah Baginda Sultan Selangor menintahkan Kerajaan Selangor melakukan pemutihan kepada semua sekolah agama swasta untuk mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh PBT. Matlamatnya adalah bagi memastikan keselamatan guru dan murid yang terlibat terjamin. Dakwaan yang dilakukan oleh kelompok NGO ini telah menyebabkan Baginda Sultan Selangor murka dan mahu pemfitnah diambil tindakan.

ADUN Pandan Indah itu juga menambah, dalam isu guru KAFA juga PAS telah memainkan sentimen tersebut sehingga memperlihatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mahu menindas guru KAFA. Dakwaan yang menyatakan 500 guru KAFA dipindah ke tempat yang jauh sehingga menyukarkan pergerakan mereka. Sebaliknya Kerajaan Negeri telah menambah 654 orang guru KAFA baru di Selangor. Dengan pertambahan guru baru tersebut, penstruktuan dan penempatan guru perlu dilakukan agar adanya guru lama dan guru baru dalam satu-satu sekolah. Ada guru baru yang ditempatkan di sekolah daerah sebelah dari penempatan asal bagi menampung kekurangan di sana. Jaminan Kerajaan Negeri penempatannya tidak jauh dari penempatan asal mereka. Isu ini juga dakwa Izham dimainkan oleh PAS semata-mata mahu memperlihatkan bahawa Islam semakin terancam di Selangor. – Selangor Today

Exit mobile version