SelangorToday

UCAPAN ZAHID BUKTI PRU DIADAKAN UNTUK SELAMATKAN KLUSTER MAHKAMAH – DANIAL

Ketua Angkatan Muda HARAPAN Selangor, Danial Al-Rashid Harun mendakwa ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamid di Perhimpunan MIC minggu lalu membuktikan bahawa UMNO/BN mendesak untuk diadakan PRU dalam tempoh terdekat semata-mata untuk menyelematkan kedudukan pimpinan UMNO dan BN yang terpalit dengan perbicaraan salah guna kuasa di mahkamah. Jelas Danial, ucapan Zahid yang memberi ingatan jika BN tewas, maka ramai pimpinan UMNO/BN akan menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah termasuk Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan.

Danial tempelak pimpinan UMNO/BN

Kenyataan ini sebagai satu ugutan kepada para penyokong mereka yang melondehkan tujuan sebenar mereka mahu mengadakan PRU secepat mungkin. Danial yang juga Ketua Pemuda AMANAH Selangor menambah, umum sedia maklum bahawa Ahmad Zahid sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah bagi 47 pertuduhan pecah amanah, salah laku rasuah dan, pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. Malah, kewajaran diadakan PRU dalam tempoh terdekat boleh dipersoalkan memandangkan segala data dan pandangan pakar menyatakan bahawa monsun timur laut akan membawa hujat lebat berterusan dan risiko banjir pada November tidak langsung diendahkan oleh pimpinan UMNO/BN.

Terkait dengan persiapan menghadapi musim banjir, Danial yang juga berkata, Pemuda AMANAH Selangor akan menggerakkan seluruh jentera dan kekuatan untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah besar ini. Namun, Danial mengingatkan, walaupun ujian dan musibah menimpa kita semua, kerakusan mahkamah yang memperjudikan nyawa rakyat tidak boleh dibiarkan berkuasa. Danial menyeru orang ramai khususnya anak muda berganding bahu, saling bantu membantu dan jangan sesekali kita terjatuh dalam perangkap permainan elit politik. Keluarlah mengundi, gunakan hak anda untuk menolak pemimpin rasuah. – Selangor Today

Exit mobile version