Era Pakatan Harapan memerintah secara mutlak dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir pada tahun 2018 hingga 2020 menjadi era yang paling panas dengan suhu politik perkauman dan fitnah. Ada banyak isu yang dimanipulasikan termasuk isu ancaman kepada Tabung Haji(TH)
Pelbagai dakwaan dilontarkan kepada pakatan yang berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada 9 Mei 2018 termasuk PH mengadaikan aset-aset TH ke tangan bukan Islam. Dakwa mereka Dr. Mujahid anak kepada Bekas Presiden PAS itu bersetuju menyerahkan aset-aset TH kepada Kementerian Kewangan(MOF) yang dipimpin oleh anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng.
Bertebaran dakwaan tersebut melalui aplikasi whatapps dengan hamburan makian kepada Dr. Mujahid selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwa Agama) kerana sanggup menggadaikan badan yang menjaga kebajikan orang Islam kepada pihak bukan Islam.
Kabinet Malaysia ketika itu jenuh menepis pelbagai dakwaan tersebut dengan hujah dan fakta yang dikemukakan. Namun ia gagal meresap ke sanubari masyarakat melayu Islam akibat tidak berkesannya penyampaian maklumat kerajaan PH ke akar umbi. Kesannya dalam fikiran orang Islam, TH sudah pun berada dibawah kelolaan Guan Eng atau bukan Islam.
Selepas Kerajaan PH tumbang akibat permainan politik, kerajaan ketika itu tidak pula melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan TH malah membiarkan pelan pemulihan TH yang dikemukakan oleh Dr. Mujahid dan Fuziah Salleh satu ketika dulu berjalan.
Akhirnya, satu demi satu impak pelan pemulihan tersebut kelihatan termasuk pengakuan oleh Jabatan Audit Negara yang menyatakan langkah pelan pemulihan yang dilaksanakan termasuk memindahkan aset TH ke MOF adalah wajar. Selain itu, Dr. Mujahid yang menjadi ‘punching bag’ kepada pihak yang melemparkan tuduhan jahat kepada PH menang saman apabila tindakan tersebut dibawa ke mahkamah.
Terkini, setelah Anwar Ibrahim memikul amanah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau sendiri melihat pencapaian yang menyakinkan dalam perjalanan TH dan aset-aset TH di MOF. Dengan pencapaian tersebut, beliau bersedia untuk memindahkan semula aset TH tersebut untuk dikelolakan sendiri oleh TH memandang kedudukan TH kembali pulih dan berkembang pesat. Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga Tabung Haji (TH) yang ke-60 bagi meraikan enam dekad pencapaian TH sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang unik di dunia.
Inilah salah satu keadaan yang kita dapat lihat apabila permainan persepsi yang ditunjangi oleh fitnah mampu membantutkan badan-badan yang ditubuhkan kerajaan untuk kebajikan orang Islam. Bayangkan jika PH termasuk Guan Eng goyang dan mengikut alur pengadu dombanya dengan membatalkan pengambilan aset tersebut serta Dr. Mujahid memberhentikan Pelan Pemulihan TH nya, pasti TH akan terus berada dalam keadaan lemah dan sulit sehingga hari ini.
Sebaliknya mereka sanggup mengambil risiko tersebut meskipun sokongan masyarakat Islam akan terjejas khususnya kepada AMANAH sebagai parti yang diwakili oleh Dr. Mujahid dalam PRU. Keutamaan memulihkan keadaan TH walau buruk gambarannya agar badan kebajikan umat Islam itu benar-benar kembali bernyawa.
Terdiamlah sang pengikut taksub dan penunggang agama apabila Anwar sendiri akui tindakan Guan Eng dan Dr. Mujahid itu wajar dan perlu. Nyatalah tindakan menyerahkan aset TH kepada MOF bukanlah bererti PH menyerahkan aset TH itu kepada bukan Islam tetapi menyerahkan kepada organisasi(konteks ini merujuk kepada MOF) yang lebih pakar dan stabil untuk memulihkan keadaan TH yang secara kebetulan pemimpin organsisi tersebut adalah bukan melayu. Anwar memungumumkan yang proses menyerahkan semula aset itu kembali kepada TH akan bermula tidak lama lagi.
Tahniah Dr. Mujahid, Guan Eng dan Fuziah Salleh