SelangorToday

ULASAN | KEPENTINGAN IMEJ & “STORY TELLING” DALAM MEMENANGI HATI & MINDA

Di dalam politik, komunikasi bukan sahaja terbatas kepada tutur kata parti, pemimpin dan ahli parti. Komunikasi termasuk juga cara orang politik berpakaian, menyantuni orang ramai, reka bentuk logo parti dan semua yang boleh d kategorikan sebagai “imej” atau “identiti”.

Kesemuanya “hidup” dan memberi pelbagai makna. Apalagi kesemua ini boleh d “amplify” melalui media sosial yang bisa sahaja menerjah setiap pelusuk dunia dengan sekelip mata – hasil kerja buat dan impak “viral”.

Tertarik dengan gaya Presiden Indonesia, Presiden Jokowi Widodo dan isterinya Ibu Iriana yang d rakamkan media ketika mereka melakukan lawatan singkat ke Ukraine sebelum bertemu Presiden Rusia d Moscow. “Photo op” yang nampak “simple”. Tetapi memberi pelbagai makna hasil “optics” yang hendak d sampaikan oleh pasukan Jokowi.

Jokowi d rakamkan bergambar sama tinggi berdiri dan duduk dengan Presiden Ukraine. Pemimpin Indonesia dengan populasi ummat Islam teramai d dunia membawa misi keamanan supaya peperangan antara Rusia dan Ukraine segera d tamatkan.

Manakala Ibu Iriana pula d gambarkan penuh keibuan, rahmah dengan memeluk erat seorang wanita Ukraine sehingga ada wanita Barat yang berkongsi gambar itu d Twitter serta d sambut ramai pengikutnya.

Ya, Jokowi sebagai Pengerusi G20, ada agenda dalam menyegerakan keamanan global. Lihat sahaja mesej laporan media Jepun yang melaporkan Jokowi berkata G7 dan G20 bertanggungjawab dalam menangani krisis makanan dan baja yang boleh memberi kesan kepada 2 billion penduduk dunia.

Mesej dan naratif yang amat penting. Krisis global. Parah. Melibatkan 2 billion warga dunia!

Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana umum boleh mempercayai mesej dan naratif ini: melalui imej yang berkesan dan “story telling” yang meyakinkan.

Menampakkan Jokowi “authentic” dan bukan retorik jauh sekali main-main. Jokowi bukan kaleng kaleng.

“Penceritaan” beliau dan Ibu Iriana segera ke Ukraine dengan keretapi dari Poland. Untuk “melawat” negara dalam peperangan bukan perkara main-main. Apalagi peperangan yang melibatkan kuasa nuklear seperti Rusia!

Penceritaan ini d dokong kemas dengan pilihan imej dan gambar yang memberi impak (Jokowi dalam beberapa gambar dari media antarabangsa d lihat berjabat tangan atau berada d meja rundingan dengan wajah yang serius. Berkemeja, tidak berkot secara formal – menggambarkan siap siaga untuk bekerja. Tiada aksi we-fie).

Kemas pasukan Jokowi dalam mempromosi Pak Presiden. Mengingatkan kita juga bagaimana imej Presiden Turki, Recep Erdogan dan isterinya Emine Erdogan d gilap dan d posisi d media Turki dan global.

Umum boleh juga membaca komunikasi ini adalah contoh bagaimana kepimpinan ummat Islam boleh d posisi dalam menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan global – seterusnya melawan Islamofobia.

Pelajaran dari impak pembinaan imej dan “story telling” Presiden Jokowi dan Ibu Iriana boleh d ambil oleh AMANAH dalam menghadapi PRU15 yang bakal menjelang nanti.

Selain mencari strategi untuk menang, berkongsi cerita secara visual berimpak tinggi bagaimana usaha mensejahterakan negara sehingga segala kemelut dan masalah dapat d atasi juga amat penting.

It’s all in the story telling. Make believe. Untuk memenangi hati dan minda.

Bagi mendapat undi yang d dambakan!

Abu Mirdif

Exit mobile version