SelangorToday

ULASAN | MAHATHIR MEMILIH JALAN SUKAR TERUTAMA UNTUK PARTINYA SENDIRI

Setelah tewas besar dengan hilang deposit dikesemua kerusi ditandingi PEJUANG di PRN Johor, JK Pejuang dikatakan telah bersetuju untuk bersama @ berkawan dengan Pakatan Harapan kembali.

Pengakuan Mukhriz bahawa PEJUANG telah berunding dengan parti parti politik pembangkang juga menampakkan beliau sedang menjalankan ketetapan mesyuarat.

Walaupun keputusan PRN Johor menunjukkan dan membuktikan PEJUANG hampir tiada pengaruh di negeri itu, yang boleh mengambarkan keadaan sama hampir diselurhh negara, namun Pakatan Harapan sentiasa terbuka dengan rundingan.

Namun sikap Mahathir yang letak dendam jauh didepan ini tidak membantu memudahkan usaha rundingan, bukan sahaja diperingkat antara Pakatan Harapan dan PEJUANG, bahkan untuk membawa PEJUANG sebagai satu parti untuk dirundingi pun.

Khemah Besar yang tidak diterajui oleh Pengerusi Pakatan Harapan, koalisi terbesar parti politik yang kini memiliki 92 kerusi parlimen berbanding BN dan PN, 41 kerusi, adalah perkara yang mustahil berlaku.

Dan sekiranya PEJUANG masih dengan kepimpinannya dibawah telunjuk Mahathir, sedikit akan mengulangi keadaan PRN Johor iaitu PEJUANG boleh terus bertanding sendirian dan mengulangi rekod hilang deposit di kesemua kerusi ditandingi.

Satu satunya sebab Anwar boleh tercabut sebagai teraju Pakatan Harapan adalah jika beliau membawa KEADILAN sebagaimana strategi di Johor, jika beliau kemudian terbuka kepada rundingan dengan semua, maka bukan kesalahan pada Anwar lagi jika ia digagalkan pihak lain.

– Muammar Qaddafi

Exit mobile version