Sewaktu menjadi pelajar di Amerika Syarikat hampir 30 tahun lampau, jenama kereta Hyundai sering menjadi bualan kami para pelajar Malaysia d sebabkan oleh 2 perkara: harga jualannya yang murah dan kualitinya yang rendah
Sebagai pelajar yang hidup dengan elaun sara hidup dari penaja, kereta jenama Hyundai sudah tentu menjadi antara calon “favorite” (walaupun orang lain tidak pun “berahi” dengan kereta jenama Hyundai ini d waktu itu).
Ya lah, harganya jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain. Oh ya, ini kereta terpakai ya, bukan kereta baharu. Maklumlah, kami pelajar.
Tetapi, dengan harga yang murah ianya dipakejkan dengan kualiti yang rendah.
Ada di kalangan kawan-kawan yang sudah pun mempunyai kereta berjenama Hyundai, akhirnya terpaksa menapak ke kampus.
Hyundai sudah tersadai. Tak mampu lagi nak di hantar untuk di baiki. Tiada lagi wang saku berbaki untuk membaiki Hyundai. Bye-bye Hyundai.
Hello Hyundai!
Tetapi kebelakangan ini, media banyak bercerita tentang Hyundai. Tetapi nada dan naratifnya sudah berbeza.
Bloomberg baru-baru ini melaporkan bagaimana jenama Hyundai melalui produk terbaru mereka, Ioniq 5 menjadi hot seller d Amerika Syarikat. Ioniq 5 sudah menjadi umpama goreng pisang panas. Laku dan tiada stok tersedia. Waiting list sehingga 6 bulan!
Ioniq 5 d Amerika Syarikat mampu menggugat Tesla – peneraju EV dunia.
Ini juga yang berlaku d Malaysia. Kabarnya waiting list untuk Ioniq 5 d Malaysia juga boleh menjangkau lebih 6 bulan!
Begitu juga kesnya d Jepun. Kali terakhir Hyundai “bertapak” d Jepun ialah sekitar 2009, menjual hanya 15,000 buah kereta selama 8 tahun mereka d sana.
Pasaran d Jepun buat pengeluar kereta asing amat mencabar. Sebelum ini, hanya jenama mewah dan agak “special” seperti Cadillac Escalade berjaya menembusi pasaran Jepun.
Kini, selepas hampir 13 tahun Hyundai kembali ke pasaran Jepun dengan Ioniq 5. Respon awal amat menggalakkan!
Secara amnya, dalam masa 30 tahun jenama Hyundai berubah nasib.
Hyundai bukan lagi suatu jenama yang menjadi bahan jenaka. Mahupun ejekan kepada yang memilikinya. Dari bye-bye Hyundai, ramai pula berkata hello Hyundai! Ramai juga yang berhijrah dari jenama Continental, memiliki Ioniq 5.
Sungguh ironis!
Jenama sama, strategi berubah
Antara pelajaran yang dapat d timba dari kejayaan Hyundai hari ini ialah strateginya yang ampuh.
Mereka masih mengekalkan nama Hyundai, tidak d ubah. Bertahun kajian demi kajian serta penambahbaikan reka bentuk dan adunan teknologi membuatkan produk mereka menepati prinsip R-E-D.
Reka bentuk dan teknologi Ioniq amat Relevan. Releven pada masa dunia ingin mengurangkan pembakaran karbon. Releven dengan hiruk pikuk ESG. Releven dengan kesedaran dan kehendak generasi muda tentang “sustainability” alam.
Reka bentuk dan teknologi Ioniq 5 ada elemen “Ease”. Mudah untuk d kendalikan. Mudah untuk d nikmati seisi keluarga dengan ruang dalaman yang minimalis dan luas, seluas sedan seperti kereta Continental. Dan teknologi yang d tawarkan memudahkan anda memandu dengan pengalaman yang mengujakan!
Reka bentuk dan teknologi Ioniq 5 amat “Distinct”. Dari jauh, kelibat Ioniq 5 dapat membezakan dirinya dari kereta lain. Futuristik. Identiti moden. Lampu hadapan dan belakang dengan reka bentuk pixel jauh berbeza dari yang lain.
Dengan prinsip R.E.D. ini, Hyundai mampu memposisi Ioniq 5 dengan harga premium. Sebaris dengan jenama seperti BMW, dan Mercedes (mungkin mereka juga sudah meninggalkan Honda dan Nissan). Siapa sangka Hyundai yang dahulunya d lihat seperti besi buruk sudah mampu menjual Ioniq 5 dengan harga mencecah RM260k!
R-E-D buat AMANAH
AMANAH sebagai parti agak baharu jika d bandingkan dengan parti lain boleh melihat bagaimana Hyundai dan prinsip R-E-D.
Hyundai membuat pelaburan dalam kajian memahami kehendak dan citirasa pelanggan. Fahami trend masa kini. Melihat apa teknologi kini dan yang akan datang untuk d terapkan ke dalam produk yang bakal d cipta untuk pasaran yang mereka sudah kenal pasti. Pastikan ianya Relevant – Ease – Distinct
Mungkin sahaja AMANAH perlu menukar wajah-wajah utama AMANAH dalam memposisi dan mempromosi parti. Parti politik harus faham, pimpinan parti politik adalah “produk” selain servis parti dan ahli kepada masyarakat.
Parti tetap AMANAH. Tetapi wajah utama dengan idea/produk yang releven, mudah d fahami dan d dekati serta berbeza dari yang lain mampu melonjakkan AMANAH ke suatu aras yang lebih baik. Fahami pasaran dan trend yang d terokai. Santuni pasaran dengan produk dan servis yang memukau serta komunikasi yang meresap emosi dan memenuhi kehendak pasaran.
Semuanya mampu d buat. Seperti mana Hyundai melonjakkan jenamanya dengan Ioniq 5!
Oleh:
Abu Mirdif