SelangorToday

UMNO MATI AKAL, HARAPAN SELANGOR UMUM PROJEK BAHARU STADIUM SHAH ALAM

Kerajaan HARAPAN Selangor telah mengumumkan Perancangan khusus untuk menjenamakan semula Stadium Shah Alam baru-baru ini. Sebelum ini agenda murni kerajaan HARAPAN Selangor untuk memulihkan keadaan Stadium Shah Alam yang mengalami keuzuran yang besar menjadi mainan politik pembangkang khususnya UMNO/BN. tidak gopoh menghadapinya, HARAPAN Selangor membiarkan isu ini digunakan oleh pihak lawan untuk menjadi modal politik mereka. Akhirnya HARAPAN Selangor mempersembahkan sebuah idea besar untuk mengembalikan semula kegemilangan Stadium Shah Alam.

Melalui satu taklimat khas yang diadakan oleh pihak MRCB dan MBI, satu cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam telah dibentangkan. Beberapa ciri-ciri penting telah diumumkan dalam pembentangan tersebut antaranya, stadium yang bakal dijenamakan semula berkapasiti 35 ke 45 ribu penonton.  Kawasan kompleks merangkumi 60% untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa. Lebih mengujakan, rekabentuk yang disediakan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam dan menyelesaikan isu banjir. Manakala untuk aktiviti tertutup, stadium terbuka akan mempunyai dua fungsi untuk menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai cara.

Tanpa membelakangkan ruang buat anak muda, pusat pembangunan belia juga disediakan di kompleks tersebut selain taman awam dan pusat rekreasi. Kerajaan HARAPAN Selangor menyeru orang ramai menyampaikan maklum balas berkaitan cadangan yang dibentangkan ini menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com. Satu pameran awam berserta rekabentuk ini akan diadakan dalam masa terdekat. – Selangor Today

Exit mobile version