Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim mendakwa bahawa tingkah laku UMNO sejak PRU ke-14 selesai sehingga sekarang memperlihatkan wajah UMNO yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka kalah buat kali pertama dalam PRU. Berbagai-bagai langkah dan usaha diambil oleh UMNO untuk mengambil alih kerajaan ataupun mengadakan PRU secepat mungkin bagi menafikan keputusan PRU ke-14. Hal ini demikian kerana, UMNO hanya mampu hidup dengan adanya kuasa dan wang, jelaslah apabila kalah PRU, UMNO hilang kuasa dan wang menjadi lesu dan lemah tak bermaya.
Kata Exco Infrastruktur Selangor itu, lihat sahaja di Selangor, sejak parti anti-BN mengambil-alih kerajaan Selangor, UMNO/BN tidak mampu hidup kerana perjuangan mereka hanya meliputi kuasa dan kewangan. Dengan adanya kuasa dan kewangan UMNO boleh hidup sedangkan orang melayu masih berada dalam kedudukan yang sangat susah. Sebaliknya setelah HARAPAN yang sebelum ini adalah Pakatan Rakyat mengambil-alih kerajaan Selangor, banyak inisiatif yang telah dilakukan semata-mata untuk mengangkat kedudukan orang melayu pada tahap yang lebih selesa.
Ketika berucap di Jelajah Tolak BN/PN di banting hujung minggu lalu, Ir.Izham yang juga ADN Pandan Indah itu menegaskan bahawa UMNO/BN mahu kembali berkuasa semata-mata untuk merompak kekayaan rakyat, sebaliknya HARAPAN Selangor sedaya upaya untuk membnatu rakyat. Terkini HARAPAN Selangor telah mengerankan semua jentera dan aset-aset negeri untuk bersedia menghadapi jika bencana banjir melanda Selangor. – Selangor Today