Kerja-kerja mitigasi banjir di Taman Kinrara dijangka siap Jun depan. ADN Kinrara, Ng Sze Han berkata kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kuyoh sepanjang 300 meter sedang giat dilakukan. Memetik kenyataan beliau di Laman Sosial beliau “Kita telah turun ke tapak Kolam Bohol pagi tadi untuk menyaksikan kerja-kerja pedalaman kolam yang semakin cetek dan sempit.
“Terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur kerana telah memulakan kerja pengorekan Kolam Bohol,” . Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan Selangor berharap usaha pedalaman kolam dan pengukuhan tebing itu dapat mengelakkan banjir di Taman Kinrara pada masa depan.
Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 18 Mac lalu, Sze Han menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan teknologi yang dirangka sesuai bagi mitigasi banjir pada masa depan. Beliau berkata ketika ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang melaksanakan pelan tindakan masing-masing untuk mengatasi bencana.