Hujan lebat yang melanda pantai barat semenanjung Malaysia 16 April lalu telah menyebabkan bencana banjir berlaku dibeberapa kawasan di Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Daerah Meru merupakan salah satu kawasan yang terjejas akibat banjir selain Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
Selaku Ahli Dewan Negeri(ADN) Meru, Ustazah Mariam Abdul Rashid bergegas turun ke kawasan yang mengalami banjir termasuk Taman Meru Jaya dan Persiaran Hamzah. Meski pun sedang berpuasa, Naib Pengerusi AMANAH Selangor itu telah mengarahkan petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru untuk membuka Pusat Operasi Bencana di pejabat beliau bagi memastikan segala bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas.
Exco Hal Agama Islam Selangor, Dr. Fahmi Ngah dan Pegawai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(JPM) Hal Ehwa Agama Islam, Senator Dr. Zulkifli Hasan turut hadir melihat keadaan mangsa banjir.
Sebelum PPS dibuka, bekalan makanan disediakan di pejabat beliau. Melalui talian hotline yang sediakan, mangsa banjir yang terperangkap atau mengalami masalah akan dibantu segera mungkin melalui Jabatan Pertahanan Awam dan ARIF Malaysia.
Beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan termasuk mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) Selangor memasang Pam bagi mempercepatkan aliran air keluar dari kawasan Meru. Selain itu, borang permohonan Bantuan Bencana Daerah Klang juga turut diedarkan kepada mangsa yang terlibat. Pusat Penempatan Sementara(PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai itu menampung mangsa banjir hampir 300 mangsa. – SelangorToday