Site icon SelangorToday

VIDEO | Ucapan Sempena Ramadan Al-Mubarak 1443H | 2022 oleh YB Ir. Haji Izham Hashim

Ucapan Sempena Ramadan Al-Mubarak 1443H | 2022  oleh YB Ir. Haji Izham Hashim

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443 H / 2022.

Syukur Alhamdulillah kerana Ramadan kembali. Ia bulan yang sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya oleh setiap kita sebagai umat Islam. Madrasah Ramadan adalah sekolah latihan intensif demi mencapai objektif yang hebat dan unggul iaitu melahirkan hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Ayuh kita usahakan.

Semoga Ramadan ini menjadi titik pemula kepada kita dalam usaha kearah menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan bukan sekadar hamba Ramadan. Inilah antara intipati ucapan saya kali ini.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Ikhlas daripada,

YB Ir. Haji Izham Hashim

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Amanah Negeri Selangor, Exco Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah

Exit mobile version