SelangorToday

VISI MAT SABU JELAS, CUKUPKAN PADI NEGARA BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu menetapkan visi yang jelas dalam mengemudi perihal keterjaminan makanan di Malaysia. Beliau ketika diminta mengulas hal tersebut di Jelajah Madani Zon Tengah di Kuala Selangor pada Ahad lalu berkata, tumpuan kerajaan sekarang adalah memastikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, padiberas negara yang dikeluarkan oleh Malaysia sendiri mencukupi untuk rakyatnya. Ia memperlihatkan bahawa Malaysia tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada beras import bagi memenuhi pasaran beras.

Untuk jangka pendek setelah berlaku krisis bekalan beras akibat larangan pengeksportan beras di India, kerajaan meluluskan beberapa peruntukan untuk memastikan beras mencukupi. Namun jangka panjang, Presiden AMANAH itu berpandangan, Malaysia memerlukan inisiatif luar biasa untuk menambah pengeluaran padiberas tempatan. Ia juga bertitik tolak daripada kisah Nabi Yusuf yang bermimpi untuk menyimpan bekalan makanan selama 7 tahun sebelum tibanya musim kemarau selama 7 tahun. Maka KPKM dibawah kepimpinan Mohamad telah menggerakkan usaha meningkatkan pengeluaran padi dengan menjadikan kawasan padi di Pahang sebagai kawasan tanaman padi ala sekinchan.

Kata Ahli Parlimen Kota Raja itu, usaha tersebut mendapat sokongan penuh Baginda Sultang Pahang yang sebelum ini merupakan Yang Dipertuan Agong. Malah Mohamad telah mengadakan kerjasama dengan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg untuk menggunakan tanah yang luas di Sarawak sebagai kawasan penaman padiberas yang baharu. Tambah beliau lagi, pelbagai usaha lain turut dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran padiberas negara termasuk memperkasakan kemahiran tanaman padi tradisonal dan menambah peruntukan kepada MARDI dan sistem pengairan MADA. – SelangorToday

Exit mobile version