SelangorToday

WALAU KOS KONVENSYEN MENINGKAT, AMANAH TANGGUHKAN DEMI RAKYAT

Beberapa jam sebelum Konvensyen AMANAH Nasional yang sepatutnya diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam, Presiden AMANAH, YB Mohamad Sabu membuat keputusan yang berisiko apabila menangguhkan Konvensyen pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Penangguhan tersebut dibuat berdasarkan bencana banjir semakin buruk berlaku di Selangor manakala jumlah mangsa yang terlibat meningkat secara mendadak menjelang subuh 19 Disember 2021.

Dalam petikan pengumuman beliau di laman sosial beliau, Mohamad Sabu berkata, mengambil kira semangat kepedulian terhadap musibah yang menimpa rakyat, AMANAH mengambil keputusan untuk menangguhkan konvensyen meskipun tinggal beberapa jam sahaja sebelum ia berlangsung.

Tuntutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya AMANAH perlu mengadakan konvensyennya sebelum tamat tahun 2021, namun tindakan Ahli Parlimen Kota Raja itu dilihat punya risiko yang besar seperti implikasinya kepada ROS juga kos yang tinggi telah dikeluarkan dalam persiapan konvensyen. Namun bencana yang menimpa hampir melumpuhkan kawasan Klang dan Shah Alam mendorong mantan Menteri Pertahanan itu membuat keputusan tersebut.

Petikan daripada laman sosial Sdr. Mohd Hasbie Muda

Seiring dengan arahan Presiden AMANAH, Sdr. Mohd Hasbie Muda selaku Ketua Pemuda AMANAH Nasional mengerahkan semua jentera parti khususnya pemuda untuk turun membantu mangsa banjir yang dalam kesusahan. Makanan yang telah ditempah untuk perwakilan dan pimpinan AMANAH semasa konvensyen diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam dan Klang.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version