Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Saudara Wan Wan Ibrahim menitipkan dua pendekatan untuk menawan anak muda dalam Pilihan Raya. Dipetik melalui laman sosial Wan Anwar, beliau menyatakan pendekatan pertama adalah bekerjasama dengan parti yang dilihat dipimpin oleh orang-orang muda. Kenyataan beliau itu ada kaitan dengan situasi semasa apabila PH khususnya AMANAH dan DAP bersedia bekerjasama dengan parti MUDA pimpinan Yang Berhormat Syed Saddiq dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Usaha itu adalah langkah bagi merangkul sokongan pengundi muda berumur 18 tahun keatas yang akan mengundin pertama kali dalam PRN kali ini.
Keduanya, ahli majlis MPS itu menyatakan bahawa sayap muda parti perlu diperkuatkan untuk memperoleh sokongan dan kepercayaan anak muda. Dalam masa yang sama, memperkuatkan sayap anak muda dalam parti sendiri lebih menjadi keutamaan agar parti lebih kukuh dan kesinambungan politik tersebut terus berjalan.
Namun beliau berpendapat, adalah baik jika dua pendekatan itu dilaksanakan bersama secara maksima. Pendekatan itu diyakini mampu melonjakkan sokongan anak muda pada tahap yang lebih baik. Setelah PH bersedia memberikan 9 kerusi kepada MUDA untuk bertanding dalam PRN kali ini, ramai kalangan pimpinan muda PH mempersoalkannya. Tetapi pimpinan dan ahli percaya ia adalah strategi jangka masa panjang PH untuk mendapat sokongan anak muda.