SelangorToday

WARGA TANI SELANGOR BERPELUANG MENDAPAT TABLET DAN LAPTOP

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor telah membuka permohonan kepada warga tani yang aktif di Selangor untuk mendapatkan Tablet ataupun Laptop secara percuma hasil sumbangan Kerajaan Negeri Selangor. Melalui petikan laman sosial Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Yang Berhormat Ir. Izham Hashim, permohonan melalui Program Agro Prihatin dan terhad kepada 100 buah laptop dan 50 buah tablet.

Tambah Ahli Dewan Negeri Pandan Indah itu, program ini merupakan insentif kerajaan negeri Selangor bagi membantu warga tani selangor yang berpendapatan rendah RM2,000 sebulan atau kebawah. Selain itu, pemohon mesti terlibat secara aktif didalam aktiviti pertanian, perikanan, penternakan & industri asas tani di selangor, serta mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada tahun 2022.

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah, mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun, terlibat aktif dengan sektor pertanian, perikanan, penternakan & industri asas tani di Selangor dan mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi PdPR serta pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan atau kebawah. Tempoh permohonan adalah dari 21/2/2022 (isnin) hingga 28/2/2022 (isnin); jam 12 tengah malam.

Exit mobile version