SelangorToday

YB PN KOYAK SETELAH ADN BATU TIGA BANGKITKAN SURAT TITAH SULTAN

Sidang Dewan Negeri – Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN) daripada Perikatan Nasional yang merupakan blok pembangkang di Dewan Negeri Selangor dilihat tercabar dan mempersoalkan tindakan ADN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun membangkitkan perihal surat Titah Baginda Sultan Selangor di dalam sidang petang tadi. Danial membangkitkan kandungan surat Baginda Sultan yang dihantar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang Dr. Abdul Halim Tamuri dan mencabar Dr. Abdul Halim yang juga ADN Paya Jaras itu menyatakan pendirian beliau sebagai pemimpin PAS Selangor terhadap Titah Baginda Sultan Selangor.

Sebelum itu sebuah kenyataan yang dikeluarkan mewakil Baginda Sultan Selangor berada dalam pengetahuan awam yang memaklumkan bahawa Baginda Sultan telah menghantar surat kepada Pesuruhjaya PAS Selangor atas rasa dukacita Baginda Sultan kepada kenyataan Presiden PAS yang dianggap oleh Baginda Sultan sebagai tidak sesuai dan tidak berada kepada Raja-Raja Melayu. Baginda menasihatkan Presiden PAS berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan perpecahan umat Islam di Malaysia serta tidak menggunakan Agama Islam sebagai senjata politik kepentingan masing-masing.

Di dalam Dewan Negeri Selangor, kelihatan ADN Paya Jaras memberi maklum balas kepada cabaran Danial itu dengan menyerahkan isu tersebut kepada pihak yan berkaitan untuk mengulasnya. Namun ADN Seri Serdang, Abbas Adzmi bangun dengan menyatakan surat Baginda Sultan dihantar kepada Dr. Abdul Halim yang secara tidak langsung terlibat dalam hal ini dan wajar menyatakan pendiriannya. Kemudian dewan gamat apabila ADN Taman Medan, Dr. Afif Bahardin cuba mempertahankan tindakan Dr. Abdul Halim. Turut sama bangun mempertahankan Dr. Abdul Halim ialah ADN Kuang, Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah. – SelangorToday

Exit mobile version