SelangorToday

PARLIMEN | YDP AGONG GESA RAKYAT AMBIL DOS PENGGALAK

Rakyat digesa mendapatkan vaksin dos penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum, sekali gus menjadi benteng dalam menghadapi varian baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tindakan afirmatif kerajaan mengurangkan harga kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti serta Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan sangat disokong pelaksanaannya.

“Melalui pendekatan ini, pembukaan semula sektor ekonomi dan sektor sosial boleh direalisasikan secara selamat,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini. Al-Sultan Abdullah bertitah, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-13 dari 122 negara dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia.

Exit mobile version