Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian dalam kes saman membabitkan keduanya yang difailkan dua tahun lalu.
Ahmad Zahid, presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan dibuatnya ketika menjelang PRN Johor, dua bulan sebelum itu.
Ia melibatkan dakwaan Muhyiddin bahawa Zahid meminta presiden Bersatu itu untuk campur tangan dalam kes mahkamahnya ketika beliau menjadi perdana menteri dari 2020 sehingga 2021.
Menurut kenyataan bersama dikongsi di media sosial dua pemimpin terbabit, keputusan itu diambil selepat mendapat saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong.
Menurutya, ia turut mengambil kira keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat.
“Zahid dan Muhyiddin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.
Mereka berharap keputusan itu dihormati selain tidak dijadikan bahan yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman negara.
Pada prosiding itu, Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Zahid, manakala Muhyiddin diwakili Chetan Jethwani.
Sumber: FMT