SelangorToday

ABBAS ADZMI SAMPAIKAN BANTUAN SEKOLAH KEPADA 500 PELAJAR B40 DUN SERI SERDANG

Ahli Dewan Negeri(ADN) Seri Serdang, Abbas Adzmi Salimmi menyampaikan bantuan kembali ke sekolah  di seluruh Seri Serdang. Jelas beliau bantuan kembali ke sekolah yang diagihkan secara berperingkat itu telah bermula sejak minggu lalu. Kata Abbas, seramai 500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) akan menerima bantuan tersebut berdasarkan data yang diperoleh melalui  data Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Abbas yang juga pimpinan AMANAH Selangor itu menambah, meskipun senarai penerima telah dikeluarkan oleh pihak Tawas, mereka yang memerlukan namun tidak tersenarai boleh datang ke pejabat pusat khidmat masyarakat untuk memohon bantuan persekolahan tersebut. Mengulas mengenai perancangan tahun ini, beliau memaklumkan pihaknya memfokuskan beberapa isu besar antaranya status pengukuran semula Kampung Seri Aman yang membabitkan 400 keluarga. Tegas beliau isu ini telah mencapai 60 peratus dan dijangka selesai tahun ini juga.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan pentadbiran masjid dan surau untuk memohon bantuan sumbangan Ihya Ramadan. Di DUN Seri Serdang ada 56 masjid dan surau berdaftar dan tumpuan diberikan kepada baik pulih infrastruktur demi keselesaan penduduk. Kata Abbas lagi, setakat ini pihak DUN Seri Serdang terima 25 permohonan untuk bantuan ihya Ramadan dan mana-mana pihak boleh memohon supaya baik pulih masjid serta surau dapat dijalankan. – SelangorToday

Exit mobile version