[DN Selangor]— Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, , mencadangkan agar program bantuan sarapan percuma sekolah diperluaskan ke institusi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), selain menggesa penggunaan tenaga solar diperluas ke rumah-rumah ibadat di seluruh negeri.
Beliau menyuarakan perkara tersebut ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sempena pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor, dengan menekankan bahawa kebajikan pelajar perlu diberi perhatian menyeluruh tanpa mengira aliran pendidikan.
Menurut beliau, peruntukan RM9.6 juta bagi program sarapan percuma merupakan langkah tepat oleh kerajaan negeri dalam memastikan tiada pelajar yang berdepan masalah kelaparan ketika di sekolah. Namun, beliau menegaskan agar pelaksanaan program tersebut diperluas kepada pelajar KAFA yang turut memerlukan sokongan sama.
“Pastikan tiada seorang pun anak-anak kita lapar, termasuk di KAFA. Mereka adalah aset penting negeri dan bakal mewarisi masa depan Selangor,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menggesa agar pemilihan penerima dibuat secara bersasar dengan menggunakan data daripada dan sistem bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
Selain isu pendidikan dan kebajikan pelajar, Abbas Azmi turut mencadangkan agar kerajaan negeri memperluaskan penggunaan tenaga solar ke premis rumah ibadat seperti masjid dan surau. Beliau berpendapat insentif khas boleh disediakan bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui tersebut.
“Penggunaan solar bukan sahaja membantu mengurangkan kos utiliti, malah menyokong usaha kelestarian alam sekitar negeri,” ujarnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, sambil menyeru agar lebih banyak pendekatan inovatif diteroka demi kesejahteraan rakyat.