Site icon SelangorToday

RUU Ombudsman Perkasa Tadbir Urus Berteraskan Nilai Islam

shamsul

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia yang dijangka dibentangkan di Parlimen disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus negara, meningkatkan akauntabiliti pentadbiran awam serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Parti Amanah Negara (Amanah), Hj Shamsul Maarif bin Ismail berkata, institusi Ombudsman berperanan sebagai badan bebas yang menerima dan menyiasat aduan rakyat berkaitan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, antara isu yang boleh ditangani melalui institusi itu termasuk kelewatan urusan kerajaan, penyalahgunaan kuasa, layanan tidak adil, kecuaian jabatan awam serta keputusan pentadbiran yang menjejaskan hak rakyat.

“Tujuan utama RUU ini ialah mewujudkan saluran rasmi bagi rakyat mendapatkan keadilan terhadap salah tadbir, di samping mengurangkan karenah birokrasi, memperkukuh sistem semak dan imbang serta meningkatkan ketelusan sektor awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, penubuhan Ombudsman juga dilihat sebagai penambahbaikan kepada sistem sedia ada seperti Biro Pengaduan Awam (BPA) yang menurutnya kurang berkesan dalam menangani aduan rakyat.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Ombudsman tidak akan menggantikan peranan (SPRM), sebaliknya bertindak melengkapkan fungsi agensi tersebut.

Katanya, jika SPRM memberi tumpuan kepada kes rasuah dan salah guna kuasa berunsur jenayah di bawah Akta SPRM 2009, Ombudsman pula akan menumpukan kepada isu keadilan pentadbiran seperti kelewatan permit, diskriminasi layanan dan keputusan jabatan yang tidak telus.

Beliau turut memaklumkan bahawa institusi Ombudsman telah lama diamalkan di peringkat antarabangsa, antaranya di sejak tahun 1809 melalui Parliamentary Ombudsman dan di menerusi Ombudsman Act 1995.

“Ini menunjukkan bahawa RUU Ombudsman Malaysia selari dengan amalan antarabangsa dalam melindungi hak rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan,” katanya.

Dari sudut Siasah Islam pula, beliau berkata konsep Ombudsman mempunyai persamaan dengan sistem hisbah yang bertujuan menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman.

Menurut beliau, tokoh ilmuwan Islam, pernah menjelaskan bahawa hisbah berfungsi mengawasi urusan awam agar hak rakyat sentiasa terpelihara.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 90 yang menegaskan tuntutan keadilan dan ihsan sebagai asas kepada pentadbiran yang baik.

Selain itu, beliau berkata kaedah fiqh yang menyebut “Tasarruf al-imam ‘ala al-ra‘iyyah manutun bil maslahah” membawa maksud tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah berasaskan maslahah atau kepentingan umum.

“Penubuhan Ombudsman jelas selaras dengan prinsip menjaga kepentingan rakyat serta memperkukuh integriti pentadbiran negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan RUU Ombudsman sebagai pelengkap kepada agenda reformasi dan asas kepada gagasan Malaysia MADANI.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik agar memberikan sokongan penuh terhadap RUU tersebut demi memastikan sistem pentadbiran negara lebih telus, adil dan berintegriti.

Exit mobile version