 
                Pemuda AMANAH merupakan salah satu sayap kanan Parti AMANAH Negara. Sejak ditubuhkan 1 dekad yang lalu, Pemuda AMANAH sering menjadi barisan hadapan seiring dengan pimpinan induk Parti AMANAH dalam memobilisasikan rakyat dalam sesuatu isu yang berbangkit di Malaysia. Dalam keadaan itu, Pemuda AMANAH dan AMANAH itu sendiri menjuarai isu rakyat serta menjadi wakil suara rakyat terhadapa situasi politik yang sedang berlaku di dalam negara selaras dengan posisi AMANAH sebagai blok pembangkang.
Namun kini, AMANAH sudah menjadi sebahagian daripada pemerintah Malaysia, Pemuda AMANAH menjadi sayap parti pemerintah yang ditagih aksi dan keupayaan mengemudi suara anak muda dalam kerajaan sendiri. Bagaimanapun, Pemuda AMANAH perlu menterjemahkan pendekatan mereka bagi dilihat berbeza dengan Pemuda UMNO, DAPSY, AMK dan sayap-sayap pemuda lain dalam kerajaan MADANI.
Justeru sempena Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional tahun 2025 yang bakal berlangsung Sabtu ini di Semenyih, SelangorToday telah menebual ringkas Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Saudara Faris Ariffin. Dalam tempoh yang terhad, temubual ini menjurus kepada kepentingan konvensyen yang bakal diadakan ini untuk anggota Pemuda AMANAH sendiri, aspirasi perjuangan dan kelainan yang dibaw oleh Pemuda AMANAH serta kedudukan AMANAH dalam politik semasa dan masa depan.

Menjelang Konvensyen Pemuda sabtu ini, apa pandangan saudara selaku pimpinan Pemuda AMANAH dalam melihat konvensyen kali ini menjadi penting dan perlu bagi meneruskan kelangsungan Pemuda AMANAH?
Faris: Konvensyen kali ini bukan sekadar satu perhimpunan, ini reset button untuk seluruh gerakan Pemuda. Selepas Undi18 dan pendaftaran automatik, lebih 5.8 juta pengundi muda baru masuk ke sistem. Lanskap politik dah berubah sepenuhnya. Anak muda sekarang tak mahu dengar retorik; mereka nak tengok siapa yang ada bukti, dasar, dan solusi.
Sebab itu, konvensyen ini jadi medan muhasabah strategik. It’s our chance to pause, reflect, and realign. Kita kena jujur dan berani menilai diri bukan dengan emosi, tapi dengan data dan realiti. Kelangsungan Pemuda bergantung pada dua perkara: Pertama, kita kena menentukur semula ideologi Islam Progresif Rahmatan lil ‘Alamin supaya tidak terhakis oleh pragmatisme harian; dan kedua, kita perlu tingkatkan ketangkasan operasi (operational agility) dengan melatih lebih ramai Ejen Pencerahan di kalangan Pemuda AMANAH di setiap peringkat yang faham dasar, boleh berhujah, dan turun ke lapangan dengan solusi dan aksi.

Bagi saya, konvensyen ini juga satu stress test untuk organisasi kita. Dah sepuluh tahun AMANAH bertapak, dan Pemuda kena tanya semula tiga soalan penting: Kenapa kita wujud? Siapa penerus perjuangan ini? Dan bagaimana kita nak guna sepenuhnya modal sosial, intelektual dan politik yang kita ada?
Kalau konvensyen ini berjaya, kita akan keluar bukan sekadar dengan semangat baru, tapi dengan arah yang jelas (clarity of vision), pasukan yang bersatu (unity of purpose), dan tenaga baru (renewed energy) untuk menjadikan Pemuda AMANAH benar-benar relevan dan berpengaruh.

Tambahan pula, Pemuda AMANAH dilihat sudah cuba mengubah pendekatan dan strategi dalam melayari arus politik dengan menekankan konsep politik pencerahan atau pengetahuan sebagai asas politik Pemuda, adakah konvensyen kali ini menjadi medan untuk mengukuhkan pendekatan tersebut?
Faris: Ya, betul. Konvensyen kali ini memang jadi medan penting untuk kukuhkan pendekatan politik pencerahan, satu usaha strategik oleh Pemuda AMANAH untuk ubah cara kita semua berpolitik selama ini, daripada politik cetek sentimen dan populis kepada politik idea, nilai dan dasar.
Kita tahu, anak muda hari ini dah muak dengan retorik dan slogan kosong. Mereka nak dengar sesuatu yang berasaskan fakta, dasar yang boleh disemak, dan tindakan yang konsisten. Sebab itu, kita nak jadikan Pemuda AMANAH sebagai penterjemah dasar, iaitu pemimpin rakyat yang boleh jelaskan isu seperti subsidi, kos sara hidup, dan peluang kerja dalam bahasa yang rakyat faham, bukan bahasa jargon semata-mata.
Bagi kami, ini bukan sekadar kosmetik. Ini pelaburan jangka panjang, untuk bina generasi anak muda yang menolak politik ekstrem dan maklumat palsu, serta berani melawan politik ghuluw dan takfiri, dengan hujah berasaskan data, bukan emosi.

Kita juga sedar medan politik Malaysia sekarang banyak dikuasai retorik dan politik identiti. Jadi kita pilih jalan berbeza. Kita cari market inefficiency dalam politik. Kita fokus pada segmen masyarakat yang mahukan politik berprinsip, substantif, dan rasional.
Politik pencerahan bagi kita berasaskan tiga perkara: pertama, “evidence-based”, iaitu semua dasar mesti berasaskan data sebenar; kedua, “engagement, not propaganda” sebagai contoh, kita nak wacana dua hala seperti debat, forum dan townhall, bukan ceramah satu hala; dan ketiga, “consistency” antara kata dan tindakan.

Yang penting, kita tak nak cakap saja. Kita nak tunjuk dengan “actions” dan “results”. Saya tahu ini bukan jalan mudah. Tapi kalau kita sabar, disiplin, dan konsisten, insyaAllah saya yakin Pemuda AMANAH boleh jadi tipping point kepada budaya politik baru yang melahirkan generasi pemimpin berasaskan ilmu dan data.
Dari sudut, populariti antara AMANAH dan parti-parti melayu yang lain, AMANAH sedikit terkebelakang, adakah AMANAH hanya mengamalkan politik berpaut pada parti lain sahaja atau sebenarnya AMANAH mempunyai kekuatannya sendiri namun ada beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi. Boleh saudara jelaskan kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh AMANAH.
Faris: Soalan yang baik ,dan saya jawab dengan terus terang. AMANAH bukan kurang popular; kita cuma tak bising tanpa isi. Kita tak main politik sensasi, kita fokus pada pentadbiran yang bersih, dasar yang “data-driven & evidence-based”, serta politik yang berakhlak dan matang.
Kekuatan kita jelas. Kita ada barisan pimpinan aktif dalam kerajaan yang konsisten memperjuangkan dasar untuk rakyat, bukan kroni. Kita bawa nilai Islam yang progresif dan rahmah, bukan ekstremisme.
Dan dalam Kerajaan Perpaduan, AMANAH memainkan peranan penting sebagai jambatan ideologi, penyeimbang antara parti Melayu-Islam dan rakan bukan Islam. Kita ini the honest broker, atau “glue” yang memastikan kestabilan gabungan.
Dari segi kekuatan dalaman, kita ada intellectual capital dan moral authority. Ahli dan pimpinan kita antara yang paling aktif dan berprinsip di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Negeri dan sebagainya. Brand positioning kita pun unik. Kita occupy niche yang spesifik: parti bernuansa Islam berbilang kaum dengan majoriti pimpinan Melayu-Muslim yang progressive, clean, governance-focused.

Tapi saya tak nafikan cabaran kita besar. Kita masih muda, baru sepuluh tahun, tanpa jaringan sumber dan patronage seperti UMNO atau PAS. Dalam sistem First-Past-The-Post, parti kecil memang sukar menang banyak kerusi walaupun undi meningkat.
Dan dalam politik gabungan, kita juga hadapi dilema identiti: nak kekal unik, tapi tetap setia pada naratif bersama.
Tapi itu bukan kelemahan, itu strategic partnership. Kita bukan berpaut, kita menyumbang nilai tambah. Kita jadi suara semak dan imbang dalam gabungan, kita bawa dasar yang boleh diukur impaknya, dan kita tunjukkan bahawa politik bersih dan berprinsip masih relevan di Malaysia hari ini.
Saya yakin, walau kita kecil, AMANAH ada nilai strategik dan kekuatan moral yang tak mudah diganti. Kita mungkin tak menjerit paling kuat, tapi bila kita bercakap, kita bercakap dengan hujah, bukti, dan integriti.
Adakah AMANAH akan bertanding di PRN Sabah dan sejauh mana peluang AMANAH memenangi kerusi sulung disana?
Faris: Ya, kita akan bertanding, tapi bukan sekadar bertanding, kita nak bertanding dengan strategi. Sabah perlukan politik penyelesaian, bukan politik sentimen semata-mata. Jadi fokus kita jelas: isu air, kos makanan, peluang kerja, dan pelaksanaan MA63 secara tuntas.
Kita sedang memuktamadkan calon-calon tempatan berkelayakan tinggi, termasuk di kawasan-kawasan tumpuan kita yang sedang dimuktamadkan di meja rundingan bersama rakan-rakan parti komponen dan gabungan.
AMANAH Sabah kini ada 18 bahagian dengan sekitar 15,000 ahli, dan jentera kita sudah mula digerakkan.

Saya realistik, peluang untuk menang mungkin tidak terlalu tinggi di beberapa kawasan tumpuan, masih underdog, tapi significantly better than zero. Likely akan jadi 3-4 cornered fight, versus established parties dengan machinery yang proven, therefore vote splits boleh jadi unpredictable.
Dalam suasana “Sabah for Sabahans”, kita faham sensitiviti itu. Sebab itu calon kita mesti anak tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan komuniti, kempen kita berasaskan isu-isu tempatan dengan penekanan kepada kualiti individu calon tempatan yang diketengahkan berbanding label parti semenanjung.
PRN Sabah ini bukan tentang angka semata-mata. Ini langkah strategik jangka panjang untuk bina tapak, bina kepercayaan, dan bina brand AMANAH di Borneo. – SelangorToday
 
				 
                             
                             
                             
                             
                            