❌ Hanya 75% setuju, rumah diambil secara paksa
✅ Fahamkan dulu peratus itu untuk apa. “Ambang persetujuan” dalam seksyen 19 Akta PSB membawa maksud suatu ambang persetujuan oleh orang yang berkepentingan (pemilik tanah atau petak strata) untuk menyertai suatu projek pembaharuan semula bandar. Jadi, jika 75% setuju, barulah MULA proses perbincangan antara pemilik dan pemaju. Bukan terus ambil rumah anda. Mula BINCANG. Ambang persetujuan itu untuk memulakan proses BUKAN bila 75% setuju terus serah kunci dan mula projek.
Baki yang tak bersetuju tetap akan dirunding sehingga capai kata sepakat. Rumah dah usang, lif dah rosak, dinding dah retak, cat terkopak dan buruk, nak duduk lagi atau nak terus biar usang ke?
Akta PSB ini melindungi HAK pemilik. Kerajaan boleh lindungi hak rakyat sekiranya proses rundingan berat sebelah atau pemaju menipu. Takda akta ini, Kerajaan tak boleh masuk campur, bawa mahkamah pun tiada akta boleh melindungi pemilik.
❌ Bukan Hanya Tanah Bandar, Tanah Kampung, Tanah Rizab dan Tanah Adat terancam
✅Ini satu FITNAH Kalau tanah rizab Melayu kekal tanah rizab Melayu, orang bangsa lain TAK BOLEH membeli atau memiliki. Semua status tanah KEKAL. PSB ini bertujuan untuk memulihara bangunan-bangunan usang di dalam bandar BUKAN di tanah kampung atau pedalaman. Tanah kampung, tanah adat kekal sebagai asal selagi Perlembagaan Persekutuan menjadi asas undang-undang Negara kita.

❌ Tiada jaminan pampasan harga pasaran atau gantian rumah di lokasi asal
✅ Setiap pemilik akan memperoleh unit baharu kediaman secara 1-1 bagi memastikan pemilik dapat kembali memiliki dan menghuni semula rumah di kawasan asal mereka. Nilai pampasan lain kepada pemilik akan dipastikan berlaku secara adil dan wajar, berasaskan prinsip no less favourable. Bahagian IV Akta PSB menyebut secara khusus mengenai Perlindungan Kepentingan. Siap ada jaminan bahawa Jawatankuasa Pengantara akan pastikan hak pemilik DIPELIHARA… rujuklah Seksyen 24 dan 25 Akta PSB.
❌ Kejiranan puluhan tahun diganti projek mewah untuk pelabur
✅ Tujuan PSB bukan untuk wujudkan projek mewah.. tapi untuk pastikan bangunan dan kawasan selamat untuk rakyat sebab bangunan dah lapuk dan rosak.. takkan nak tunggu roboh baru nak diperbaharui? Tujuan PSB juga untuk jana semula aktiviti ekonomi di kawasan tersebut dan boleh naikkan nilai hartanahnya. Nilai hartanah yang tinggi ni pun pemilik yang dapat untung kan??

❌ Pembangunan ditentukan keuntungan syarikat, bukan utk kesejahteraan rakyat
✅ Akta ini mengutamakan keseimbangan. Keutamaan projek PSB akan dinilai dari segi kepentingan awam, bukan sekadar keuntungan. Malah, pemaju yang dilantik oleh kerajaan mesti mematuhi syarat pampasan, perumahan gantian, dan piawaian teknikal. Prosesnya telus, ada Jawatankuasa Persekutuan dan Negeri. Jika sebelum PSB, harga kediaman asal RM70 ribu, selepas PSB harganya menjadi lebih RM400 ribu. Bukankah ini keuntungan kepada pemilik. Lagi satu, unit gantian diberi secara percuma, tak perlu bayar apa-apa.
❌ Pegawai URA dilindungi undang-undang, rakyat tidak??
✅ OMG… apa punya tuduhan ni? Baca Akta Bahagian IV, Seksyen 24 dan 25 – WAJIB hak pemilik dilindungi. WAJIB diberi pampasan dan WAJIB diselia oleh Jawatankuasa Pengantaraan PSB. Akta Pengambilan Tanah 1960 pun tak ada klausa ni tau tak?
Disertakan juga infografik salah faham dan penjelasan Akta PSB yang disediakan oleh UKK KPKT.




