
“Siapa orang politik UMNO yang terlibat dan dikatakan sakau?”
Itu soalan Dr. Akmal.
Mungkin bagi Dr. Akmal, ‘sakau’ hanya berlaku kalau ada ahli politik keluar dari pejabat Tabung Haji (TH) sambil memegang guni berisi wang tunai.
Tetapi dalam tadbir urus kewangan, kita tak boleh lihat soal amanah semudah itu. Meletakkan masa depan simpanan umat Islam dalam bahaya demi kelangsungan politik juga satu bentuk ‘sakau’ yang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Jadi, mari kita jawab satu persatu dengan fakta.
- Bayar Dividen Guna Duit Deposit Adalah ‘Skim Ponzi Berlesen’
Dr. Akmal tanya, adakah pemberian dividen tinggi dianggap sakau?
Ya, apabila dividen itu dibayar menggunakan duit simpanan pendeposit sendiri demi kepentingan PRU.
Di bawah Seksyen 22(3) Akta Tabung Haji 1995, TH dilarang mengagihkan hibah atau dividen sekiranya nilai asetnya lebih rendah daripada jumlah liabiliti.
Tetapi pada 2017, beberapa bulan sebelum PRU-14, dividen tinggi tetap diumumkan sedangkan TH berada dalam keadaan defisit liabiliti.
Jadi persoalannya bukan sama ada rakyat dapat dividen atau tidak. Persoalannya, duit itu datang dari mana?
Apabila duit simpanan rakyat digunakan untuk dibayar semula kepada rakyat sebagai “untung” sehingga memberi gambaran bahawa TH berada dalam keadaan baik, itulah perakaunan kreatif (creative accounting).
Itu bukan sedekah atau murah hati. Itu Skim Ponzi yang menggadaikan ketahanan kewangan TH demi undi.
- Pusingan Hujah Audit: Mengadu Domba JAN vs PwC
Kemudian Dr. Akmal tanya:
“Kita nak percaya audit yang mana satu?”
Jangan alihkan isu dengan melagakan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan PwC atau EY.
JAN mengaudit penyata kewangan berdasarkan dokumen dan kaedah yang disajikan oleh pentadbiran TH ketika itu, berdasarkan kos sejarah.
Apabila audit forensik dilakukan oleh pengaudit antarabangsa PwC dan EY mengikut piawaian kewangan MFRS, didedahkan bahawa pentadbiran TH ketika itu menyembunyikan kerugian susut nilai aset (impairment losses) bernilai berbilion ringgit.
JAN tidak salah. Yang menjadi persoalan ialah pentadbiran TH zaman UMNO-BN yang memanipulasi cara perakaunan untuk menutup lubang defisit.
Itu dua perkara yang berbeza. Jangan dicampuradukkan untuk mengelirukan rakyat.

- “Siapa Orang Politik Terlibat?”
RCI sendiri dah jawab.
Dr. Akmal bertanya seolah-olah ahli politik UMNO-BN langsung tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku.
Kalau benar orang politik langsung tidak bersalah dan masalahnya hanya kelemahan pegawai TH, kenapa antara syor utama dan paling kritikal dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ialah:
MENGHARAMKAN AHLI POLITIK DARIPADA DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI.
Dan siapa yang mempengerusikan Lembaga Pengarah TH ketika keputusan perakaunan kreatif dan agihan dividen tidak mampan ini diluluskan?
Ahli Parlimen UMNO-BN.
RCI sendiri mengiktiraf bahawa campur tangan dan kepentingan politik adalah akar umbi kepada malapetaka kewangan TH.
Hentikan Spin. Hentikan perbuatan mengelirukan rakyat. Hormati Duit Jemaah Haji.
Jangan samarkan kegagalan tadbir urus dan manipulasi akaun TH zaman UMNO-BN sebagai “kebajikan untuk jemaah”.
Tabung Haji dibina daripada simpanan jutaan umat Islam yang mengumpul duit ringgit demi ringgit untuk menunaikan rukun Islam kelima. Bukan untuk dijadikan tabung gula-gula pilihan raya mana-mana parti.
Curi duit secara fizikal itu sakau cara lama.
Gali lubang, tutup lubang akaun TH demi PRU? Itu ‘Sakau 2.0’.
Berhentilah memutar belit kenyataan, Dr. Akmal. Laporan RCI dah terbentang, dan sejarah telah merakamkan UMNO-BN yang menggadaikan amanah umat Melayu Islam.
FARIS ARRIFFIN
31 JULAI 2026
Facebook
https://www.facebook.com/share/p/185xU13iXv/?mibextid=wwXIfr
Instagram
https://www.instagram.com/p/Dbcr9jYp-M8/?igsh=MXZsb3dzc21tNmgxbQ==
TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS46HAdgs/
X
https://x.com/faris_arriffin/status/2083087677826777216?s=46&t=RcsgfVu6ajiVKI0psSgLVw
Threads
https://www.threads.com/share/__fwxNSMY/