SHAH ALAM — Ahli Parlimen Shah Alam, , membidas tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang dilihat mempertahankan seorang pempengaruh media sosial susulan penahanan oleh pihak berkuasa, sambil mempersoalkan pendirian mereka terhadap batas kebebasan bersuara.
Kenyataan beliau dilihat berkait rapat dengan kritikan beberapa Ahli Parlimen pembangkang, termasuk , yang mempersoalkan tindakan kerajaan menahan TikToker terbabit sebagai tidak konsisten serta tidak mencerminkan keikhlasan dalam melaksanakan agenda reformasi negara.
Dalam masa sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, , turut mendakwa tindakan tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan sedang mengekang proses semak dan imbang apabila individu yang mengkritik ditahan pihak polis.
Mengulas perkara itu, Azli menyifatkan beliau “tidak boleh ‘brain’” bagaimana wakil rakyat pembangkang, khususnya daripada PAS, boleh “berduyun-duyun” membela individu yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah di media sosial.
Menurutnya, kandungan yang jelas berbentuk penghinaan, cacian dan kata-kata tidak senonoh tidak seharusnya disamakan dengan kritikan yang sah dalam ruang demokrasi.
“Tidakkah mereka boleh bezakan antara komen, kritik dan penghinaan yang menjijikkan? Saya sendiri tidak sanggup untuk menyiarkan semula video-video tersebut kerana terlalu melampau, namun mereka begitu teruja mempertahankannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan pembangkang, khususnya PAS, dengan menyifatkan pembelaan terhadap kandungan sedemikian sebagai bercanggah dengan nilai yang didakwa diperjuangkan parti itu.
“Inikah kebebasan bersuara yang diperjuangkan sebuah organisasi yang mendakwa membawa Islam yang syumul? Adakah syumul bermaksud menerima dan menghalalkan semua perkara asalkan selari dengan selera?” katanya lagi.
Azli menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan penghinaan dan kata-kata lucah, sambil menyifatkan tindakan mempertahankan kandungan sedemikian sebagai sesuatu yang “memualkan”.
Isu berkenaan terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat mengenai garis pemisah antara kritikan sah dan penghinaan, serta sejauh mana kebebasan bersuara wajar dilindungi dalam kerangka undang-undang negara.